Monday, July 27, 2009

Tip legakan kesakitan




Urutan adalah cara yang paling baik melegakan sakit tengkuk dan bahu.Seeloknya pergi berurut apabila lenguh dan jangan tunggu sampai sakit.

Alihkan kedudukan atau terbalikkan tilam sebulan sekali bagi mengelakkan sakit badan sakit-sakit disebabkan spring tilam yang tertonjol.

Untuk mengelakkan lenguh yang berpanjangan, gulungkan tuala membulat mengikut kepanjangan bantal.Masukkan ke dalam sarungnya supaya ia dapat menyokong tengkuk anda semasa tidur.

Tekapkan beg ais atau beg air panas pada bahagian yang lenguh selama 15 hingga 20 minit.Ia mampu memberi kelegaan kepada anda.

0 comments:

Post a Comment

 

Term of Use

You Love Health Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Blogger Template Gallery Flower Image by Dapino