Sunday, July 19, 2009

Derma Organ:Perspektif Islam


Sentuh mengenai derma organ dari perspektif agama,masih beranggapan bahawa ianya seolah-olah individu yang menderma organ akan tidak sempurna jasadnya ketika dikebumikan kelak. Namunsebenarnya Islam tidak melarang akan proses pendermaan organ ini.Dermalah organ kerana ia sesuatu amalan yang mulia dan lagi satu bentuk kebajikan.

Dari sudut Islam,pemindahan organ hukumnya adalah harus beserta dengan syarat.Syarat-syarat tersebut adalah;

  • Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit
  • Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ.
  • Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas denganniat untuk membantu kerana Allah s.w.t.
  • Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.

Islam mengharuskan pendermaan organ,fatwa-fatwa yang dikeluarkan adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut;

  1. Sumber-sumber penetapan hukum atau fatwa di negara ini seperti Al-Quran,Al-Sunnah,Ijmak (persepakatan para ulama),Qias (perbandingan hukum-hukum yang sudah ada dengan hukum-hukum baru) dan lain-lain lagi.
  2. Keperluan mengatasi larangan "......maka sesiapa terpaksa (kerana darurat) sedang ia tidak mengingini dan tidak pula ia melapaui batas,maka tidaklah ia berdosa" -Surah Al-Baqarah:ayat 173.
  3. Memilih jalan jalan yang paling kurang mudarat.".....barang sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa,maka seolah-olah ia telah menyelamatkan nyawa umat manusia keseluruhnya." -Surah Al-Maidah:ayat 32.
  4. Mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar. "Allah telah menyediakan kemudahan untuk kamu.Dia tidak meletakkan kamu dalam kesusahan." -Surah Al-Baqarah:ayat 185.
  5. Fuqaha mutaha telah mengharuskan pembedahan ke atas mayat dengan tujuan penyelidikan, rawatan ke atas sesuatu penyakit atau bagi menentukan sebab-sebab jenayah. Keharusan ini adalah diasaskan kepada prinsip darurat. Perkara-perkara terlarang diharuskan apabila berlaku darurat.

Pandangan Ulama

Ulama terkenal Prof Dr. Yusof Al Qardawi,berpandangan bahawa pendermaan dan pemindahan organ daripada orang hidup dan yang telah meninggal dunia adalah harus pada saat darurat dengan syarat tidak membawa kemudaratan besar kepada penderma atau orang yang mempunyai hak atas dirinya.Penderma pula hendaklah mempunyai kemampuan memenuhi kelayakan menderma seperti akil baligh.

Walaubagaimanapun,pendermaan organ kepada orang kafir harbi tidak harus. Selain itu, beliau turut mensyaratkan organyang diderma tidak boleh dijadikan bahan jual beli.Beliau turut mengharuskan kepada waris dan wali menderma organ tertentu kaum keluarga mereka yang telah meninggal dunia,yang tidak berwasiat organnya tidak boleh diambil selepas meninggal (KitabFaawatu Mu'asirah)

"Kita umat Islam tidak ada keraguan untuk menyatakan dengan sepenuh hati untuk menjadi penderma organ dan tisu malah ia sebenarnya tanggungjawab" -Sheikh Zaki Badawi 2004.

Sekian berikut wacana bagi memecah kekeliruan untuk merungkai segala persoalan-persoalan menderma organ dari sudut agama.Nantikan wacana seterusnya terutama bagi menjalani proses-proses pendermaan organ oleh perspektif Islam serta agama-agama lain.

0 comments:

Post a Comment

 

Term of Use

You Love Health Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Blogger Template Gallery Flower Image by Dapino