Tuesday, June 23, 2009

Tahi Lalat Boleh Jadi Kanser


Tahi lalat yang tumbuh pada tubuh selalunya dianggap perkara biasa oleh kita. Malah dianggap sebagai penyeri wajah. Tahi lalat atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai nevus (untuk sebiji) atau nevi (untuk lebih dari satu) merupakan sekumpulan sel-sel pigmentasi yang sering muncul dalam rupa kecil dan bintik coklat gelap.


Tahi lalat boleh datang dalam pelbagai warna dan boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh, termasuklah di kulit kepala, ketiak, di bawah kuku dan antara jari kuku dan kaki. Kebanyakan manusia mempunyai kira-kira 10 hingga 40 biji tahi lalat. Jumlah itu boleh berubah di sepanjang hayat kehidupan manusia.


Kebanyakan tahi lalat tidak berbahaya, tetapi dalam kes yang jarang belaku, tahi lalat boleh berubah menjadi barah. Mengawal tahi lalat dan bintik pigmentasi yang lain adalah langkah penting dalam mengesan kanser kulit, terutamanya melanoma malignan. Tidak semua melanoma terbentuk daripada pra tahi lalat, tetapi kebanyakannya bermula berhampiran tahi lalat atau bintik gelap lain pada kulit.


Simptom-simptom


Walaupun tahi lalat tipikal adalah biasa, bintik coklat, namun begitu tahi lalat datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz.

· Warna – boleh berubah warna kulit, coklat kemerahan, sederhana sehingga coklat tua, atau biru.

· Bentuk – boleh berbeza bentuk daripada bentuk bujur hingga bulat.

· Saiz – boleh jadi kecil atau besar.


Faktor-faktor risiko


Beberapa jenis tahi lalat mempunayai risiko lebih tinggi menjadi kanser. Ini termasuklah ;

Tahi lalat besar yang muncul sewaktu dilahirkan yang dikenali dengan nama congnital nevi. Tahi lalat ini boleh meningkatkan risiko pemiliknya mengalami melanima malignan.


Tahi lalat yang memang terdapat dalam keturunan. Tahi lalat yang besar daripada kebiasaannya- iaitu kira-kira satu perempat inci atau 6 milimeter dan tidak tetap bentuknya dikenali dengan nama atypical (dysplastic) nevi. Tahi lalat ini cenderung untuk diwarisi.


Tahi lalat yang banyak kira-kira 50 atau lebih boleh menyebabkan pemiliknya berisiko mendapat melanoma.


Bila perlu dapatkan rawatan


Jika anda berumur lebih 20 tahun dan tahi lalat baru muncul, maka segeralah berjumpa dengan doktor. Tanda-tanda dan simptom-simptom ini boleh menunjukkan sebarang masalah kesihatan. Tanda-tanda itu adalah seperti ;

· Rasa sakit

· Gatal atau rasa panas seperti terbakar

· Berdarah

· Berkerak

· Saiz, bentuk, warna yang tiba-tiba berbeza daripada kebiasaan.


Ujian dan diagnosis


Anda boleh memilih untuk melakukan pemeriksaan kulit sebagai satu cara mencegah. Doktor akan memeriksa kulit anda daripada kepala hinggalah jari kaki, termasuklah kulit kepala, telapak tangan, tumit kaki dan kulit antara punggung. Jika doktor mengesyaki tahi lalat itu boleh bertukar menjadi kanser, satu sampel biopsi akan diambil daripada anda untuk tujuan pemeriksaan selanjutnya.


Rawatan dan ubatan


Apabila biopsi dilakukan dan doktor mendapati bahawa ia adalah kanser, maka keseluruhan tahi lalat dan sedikit tisu normal di sekeliling perlu dibuang. Selalunya tahi lalat yang telah dibuang tidak akan muncul semula. Jika keadaan sebaliknya berlaku, segeralah berjumpa doktor dermatologi.


Rawatan bagi kebanyakan tahi lalat selalunya tidak diperlukan. Untuk tujuan kecantikan, tahi lalat boleh dibuang dalam beberapa cara seperti ;


Shave Excision iaitu kaedah yang dilakukan oleh doktor dengan cara membius kawasan di sekeliling tahi lalat dan kemudiannya menggunakan pisau kecil untuk memotong di sekeliling dan bahagian dalam tahi lalat. Teknik ini sering digunakan bagi membuang tahi lalat kecil dan ia tidak memerlukan jahitan pembedahan.


Punch Biopsy iaitu doktor akan membuang tahi lalat dengan teknik insisi kecil.


Excisional Surgery iaitu kaedah di mana doktor akan memotong keluar tahi lalat dan kawasan kulit normal di sekelilingnya. Jahitan pembedahan diperlukan bagi menutup kulit yang telah dibuang.


Pemeriksaan sendiri


Bagi mengesan melanoma atau kanser kulit lain, ikutilah pemeriksaan sendiri yang dicadangkan ini.

A. Untuk bentuk sifat tak simetri (asymmentrical shape) – lihatlah pada tahi lalat yang bentuk tidak tetap.

B. Untuk sempadan yang tidak tetap (irrregular border) – lihatlah pada tahi lalat yang tidak tetap sempadannya kerana ini merupakan ciri-ciri melanoma.

C. Untuk perubahan pada warna (changes in color) – lihatlah pertumbuhan tahi lalat yang mempunyai banyak warna atau warna tidak sekata.

D. Untuk diameter – lihatlah pertumbuhan tahi lalat yang besar daripada ¼ inci atau 6 milimeter.

E. Untuk perubahan (evolving) – lihatlah perubahan emngikut masa kerana kebanyakan tahi lalat yang berubah boleh membentuk kepada tanda-tanda dan simptom-simptom baru.

Monday, June 22, 2009

KL primary school closed temporarily due to A(H1N1)


KUALA LUMPUR, June 21 — Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Davidson is the first school to be temporarily closed due to Influenza A(H1N1) after a third pupil from the school was confirmed as H1N1 positive.

Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the school will remain closed from June 19 to June 26 as a preventive measure to avoid more pupils from being infected by the disease.

He added that 2,100 students, teachers and staff from the school are required to remain at home and avoid mixing around in public, throughout the school closure.

Yesterday, an 11-year-old girl, a Year Five pupil from the school, who had returned from a holiday in Melbourne with her family, became the first confirmed case in the school but when her classmate was confirmed as positive this morning, it was decided to close the school temporarily, he said.

“I received information at about 2.30pm that this school had confirmed another Influenza A(H1N1) case, the third in the school, bringing the number of confirmed cases in the country to 50,” he told reporters after visiting the school here today.

Liow said the Year Five pupil of 5(I) class, was from the same class as two others infected earlier and is the second local transmission case in the school while the other was termed an “imported” case.

He added that both the girls who were confirmed positive were seated beside the girl who had returned from Melbourne.

“We will be monitoring the school very closely together with the teachers and Parents Teachers Association and I hope the students involved are not to be blamed by the media or public.

“Those who are quarantined should not even go for tuition or visit public areas or attend functions. The should also reduce interaction with those who are not quarantined. They should not break the quarantine rules as action can be taken against them, including a RM10,000 fine or jail or both,” he said.

“Don’t break the rules and don’t force the government to use the act to charge anyone.” – Bernama

Saturday, June 20, 2009

Kem Kesihatan


PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

TARIKH: 20HB JUN 2009
MASA: 9.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI
TEMPAT: DATARAN FUTSAL, (TAMAN PERMAINAN), LORONG KEMPAS 2, KG. MELAYU AMPANG
 

Term of Use

You Love Health Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Blogger Template Gallery Flower Image by Dapino