Monday, July 27, 2009

Pendermaan Organ menyelamatkan NYAWA


"Isu ini bukan isu perdagangan. Kita tidak memperdagangkan organ. Ia adalah usaha untuk meyelamatkan nyawa. Jika setiap warga adalah pengikrar,banyak nyawa yang boleh diselamatkan"

-Dr Lela Yasmin(Ketua Koordinator Pusat Sumber Transplan Nasional)
Q & A Mengenai Pendermaan Organ
Apakah itu pendermaan organ?
Merupakan proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan pemindahan organ (transplantasi)
Apakah itu pendermaan organ (transplantasi)?
Merupakan satu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu daripada penderma yang meninggal dunia kepada penerima yang memerlukan.Pemindahan organ ini boleh menyelamatkan nyawa penerima organ atau tisu dan mereka akan mendapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Bilakah organ atau tisu si penderma diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu akan diperolehi daripada tubuh seseorang penderma hanya akan dilakukan apabila kematiannnya disahkan oleh dua orang pakar/doktor yang bertauliah.Doktor-doktor yang terlibat dengan pengesanan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
Adakah rawatan akan diabaikan jika diketahui anda adalah seorang pengikrar penderma organ?
Tidak! Pengikrar penderma organ akan dirawat sebaik mungkin sebagaimana pesakit-pesakit lain.
Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan di Malaysia?
Organ
  • Jantung
  • Paru-paru
  • Hati
  • Pankreas

Tisu

  • Injap jantung
  • Tulang
  • Kulit
  • Mata
Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?
Agama Islam mengharuskan pendermaan organ selepas meninggal dunia.Agama-agama lain didunia-Buddha,Hindu,Kristian dan Sikh menyokong pendermaan organ selepas meninggal dunia.
Bagaimana untuk menjadi seorang penderma organ?
Anda perlu mengisi borang pendaftaran pengikrar penderma organ dan kad pengikrar penderma organ.Borang yang dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional sementara Kad Pengikrar hendaklah disimpan dan dibawa bersama anda pada setiap masa.

0 comments:

Post a Comment

 

Term of Use

You Love Health Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Blogger Template Gallery Flower Image by Dapino