Pesakit strok,mangsa kemalangan dan mereka yang megalami kecacatan sejak lahir adalah antara insan yang memerlukan bantuan fisioterapi untuk meningkatkan kualiti dan kembali normal.Ini kerana menerusi perkhidmatan fisioterapi,pesakit didedahkan cara memulihkan pergerakan seperti senaman cara yang betul,urutan dan sebagainya.
Bagaimanapun ,kekurangan ahli terlatih atau pakar dalam bidang fisioterapi menyebabkan tidak ramai pesakit di Malaysia bernasib baik untuk mendapatkan rawatan kecacatan pergerakan disebabkan oleh penuaan,penyakit dan kecederaan pada bahagian sendi dan otot.
Bidang ini mungkin tidaklah popular berbanding perubatan dan pergigian,tetapi tahukah anda graduan lulusan dari bidang ini mendapat anjaran lumayan.Kepentingan bidang ini tidak jauh bezanya dengan dunia perubatan atau pergigian kerana sebahagian daripada tugas pakar dalam sains kesihatan membantu doktor dan pemangkin dalam peningkatan kualiti hidup manusia.
Minat yang mendalam untuk membantu orang lain kembali normal adalah salah satu syarat yang diperlukan sebelum menceburi bidang ini.Kepuasan dalam bidang ini pasti terserlah apabila pesakit yang dibantu pulih dan menjalani kehidupan normal semula.
Dewasa ini banyak kolej dan institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus dalam bidang ini dari peringkat sijil hinggalah ijazah pertama.Sehubungan itu,bagi yang berminat rajin-rajinlah membuka akhbar untuk melihat iklan yang ditawarkan. Antara yang ditawarkan ialah Diploma Teknolohi Makmal Perubatan,Diploma Fisioterapi dan Diploma Terapi Carakerja.
Objektif kursus adalah untuk melahirkan lebih ramai ahli fisioterapi terlatih yang mempunyai ilmu dan pengalaman klinikal dalam bidang berkenaan.Mereka boleh menceburi kerjaya dalam sektor awam dan swasta termasuk hospital kerajaan,hospital pakar,pusat jagaan, klinik sukan, pusat pemulihan,pusat psikiatri dan institusi penyelidikan dan membuka firma sendiri.
Bidang ini bukan sahaja menjaminkan kerjaya yang mantap tetapi juga mempunyai nilai murni kerana dapat membantu insan lain meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik.Dan pastinya ini adalah kepuasan yang tiada tandingnya.
Salam Aidil Fitri
15 years ago
0 comments:
Post a Comment