Gejala-gejala
- Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.- Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
- Bersin.
- Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
- Sakit kepala.
- Adakalanya, demam yang ringan.
- Sakit badan.
- Mata berair.
Komplikasi-komplikasi
Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku :-
- Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.- Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
- Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan kanak-kanak.
- Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
- Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
- Jangkitan bakteria sekunder.
- Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya lelah.
Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : -
- Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.- Warga-warga tua
- Golongan yang sangat muda.
Ingat untuk berunding dengan doktor jika
- Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°Catau demam ringan yang berpanjangan.
- Berlakunya sakit dada.
- Terdapat kesusahan bernafas.
- Terdapat kahak berwarna kuning.
Penjagaan kendiri
Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.
Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah :-- Berehat
- Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan
antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan
pegawai farmasi anda.
- Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
- Inhalasi (sedutan).
Elakkan
- Merokok.- Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
- Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin
mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
- Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
- Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.
Tabiat-tabiat yang baik
- Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukandan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
- Tidur secukupnya.
- Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
- Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan
makanan.
- Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
- Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yang dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
- Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.
Pencegahan
- Amalkan gaya hidup yang sihat.- Makan makanan yang seimbang.
- Senam selalu.
0 comments:
Post a Comment