Have you suffered any illness recently? Are you prone to consuming excessive alcohol and caffeine? Are you a smoker? Then your could consider detozification.
Our body is designed to detoxify itself,but if we overload ourselves with harmful toxins,our body may not detoxify itself as much. Since it has become virtually impossible to eliminate these dangerous chemicals from our enviroment,the best is to cleanse your body of these chemicals periodically through detoxification process.
Detoxification is a process by which we cleanse our body of toxins and harmful chemicals.It involves dietary and lifestyle changes that reduce the intake of toxins and improves their elimination.These toxins come mainly from diet,smoking,excessive,alcohol consumption and enviromental exposure, and are difficult to remove.Detoxification is helpful in this process.
Detoxification Programme Water is the main detoxification agent in our body.Its help to clean our skin and kidneys and improve sweating through exercise.Many of us are chronically dehydrated, and doctor recommend a minimum of eight glasses of water daily.
The next step is raw-food diet,this mean consumption of more fruits and vegetables and less of protein and rich fat red meat,milk products,refined food and fried food.Adding fiber to your diet will aid to detoxify your system regularly.
Another important component of detoxification is regular exercise.Exercise relieves toxins from the body by sweating and also help in good bowel habits.Exercise improves our general metabolism.Regular bathing also facilitates the body to get rid of toxins that accumulate on the skin and open the pores.Saunas and oil massages further help the body to cleanse completely.
Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 20 Julai 2009
Sehingga 20 Julai 2009 jam 8 pagi, tiada kes baru influenza A(H1N1) dilaporkan dan dimasukkan ke hospital. Ini menjadikan jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) yang disahkan (confirmed cases) di Malaysia sehingga kini adalah sebanyak 874 kes yang terdiri daripada
567 kes import dan
307 kes jangkitan tempatan.
Tiada kematian akibat jangkitan influenza A(H1N1) dilaporkan dan juga tiada kejadian cluster Influenza Like Illness (ILI) yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1).
Daripada keseluruhan 874 kes yang disahkan positif influenza A(H1N1), 862 pesakit (98.6%) telah sembuh, 7 orang (0.8%) sedang menerima rawatan di hospital, manakala 5 (0.6%) pesakit masih meneruskan rawatan sebagai pesakit luar.
Merujuk kepada situasi global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa sehingga 20 Julai 2009 jam 8.00 pagi, jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) yang dilaporkan ke WHO adalah sebanyak 133,755 kes dengan 760 kematian daripada 155 negara, iaitu pertambahan 120 kes.
Dua buah negara baru yang disenaraikan adalah Solomon Island dan Guam, Amerika Syarikat. Negara-negara yang melaporkan pertambahan kes adalah Hong Kong 62 kes, Australia 47 kes, New Zealand 5 kes, dan Malaysia 3 kes. Tiada pertambahan jumlah kematian iaitu kekal pada 760 kematian.
Sehingga 6 petang 19 Julai 2009, sebanyak 55 pertanyaan telah diterima melalui talian hotline dan e-mel. Kementerian Kesihatan masih menerima pertanyaan melalui talian hotline berkenaan rawatan antiviral dan vaksin yang merangkumi 16 dari 55 pertanyaan (29%).
Kementerian Kesihatan ingin menegaskan buat masa ini masih belum ada vaksin untuk mencegah jangkitan influenza A(H1N1) di pasaran. Sehubungan itu kaedah terbaik buat masa ini untuk mencegah dan melindungi daripada mendapat jangkitan ini adalah melalui social distancing dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran pada tahap yang optimum.
Berkenaan dengan rawatan antiviral, tujuan rawatan antiviral ini diberi adalah untuk mencegah komplikasi dan kematian. Oleh itu mereka yang berisiko (seperti pesakit asthma, kegagalan organ, wanita hamil, pesakit diabetes dan penyakit kronik paru-paru) yang mengalami gejala jangkitan Influenza Like Illness (ILI) akan dimasukkan ke hospital dan seterusnya diberi rawatan antiviral.
Manakala kes-kes ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar tanpa antiviral dan dibenarkan berehat di rumah. Mereka juga harus melakukan pemantauan kendiri (self monitoring) dan sekiranya gejala bertambah teruk untuk segera mendapatkan rawatan. Penggunaan antiviral untuk tujuan pencegahan daripada jangkitan ini adalah tidak dibenarkan.
Nasihat kepada orang ramai: Pada fasa mitigasi ini, hanya kes-kes jangkitan yang teruk dan berkomplikasi sahaja akan dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa walaupun pada hari ini tiada kes baru yang dilaporkan, ini tidak bermakna tiada jangkitan influenza A (H1N1) yang berlaku di dalam masyarakat. Kementerian Kesihatan akan terus membuat pemantauan kejadian kes yang dimasukkan ke hospital dan juga kejadian cluster ILI. Bagi memperlahankan penularan wabak ini, kerjasama orang ramai amatlah diperlukan untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:
Orang ramai diminta untuk terus dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutamanya rutin membasuh tangan dan etika batuk. Mereka juga perlu mengamalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta mengurangkan majlis perjumpaan).
Mereka yang bergejala dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada klinik-klinik yang berdekatan. Kes-kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik termasuk mengurangkan pergaulan rapat dengan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang tiada mempunyai sebarang gejala. Mereka juga perlu memakai mask dan jika tanda-tanda jangkitan menjadi bertambah teruk, mereka perlu segera datang ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah telah di muat naik ke laman web Kementerian Kesihatan sebagai rujukan orang awam.
Kejadian-kejadian jangkitan influenza-like illness (ILI) atau jumlah ketidakhadiran (absenteeism) di sekolah atau di tempat kerja yang luar biasa, hendaklah dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk siasatan lanjut.
Bagi mengetahui situasi dan perkembangan semasa pandemik H1N1, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my/ dan http://h1n1.moh.gov.my/. Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan iaitu 03-88810200, 03-88810300, 03-88834414 dan 03-88834415 terus beroperasi antara 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.
Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ SRI LIOW TIONG LAIMenteri Kesihatan Malaysia
Essential to Healthy Body Iron (Fe) is a metallic element that is readily found in nature. Compound of iron exist in two forms: ferrous and ferric. Iron is essential to the formation of hemoglobin in the blood and to chlorophyll formation in plants. Hemoglobin is a combination of the iron containing pigment called heme and a simple protein called globins. Its primary function as a blood-building component is to carry oxygen from the lungs to the tissues. Iron is stored in the liver,spleen and bone marrow.
Iron Uptake and Stores
On average, the body is capable of absorbing as much 3.6 miligrams of iron every sixteen hour or so. During pregnancy, this uptake capacity increases to nearly twelve milligrams. Iron is absorbed into blood stream in the upper part of the small intestine, where the pH is between five and seven.
The body normally contains between two and four grams of iron,mostly contained as a part of hemoglobin,up to seventy per cent.Four per cent is "functional iron (myglobin,enzymes containing iron) and about twenty five per cent is deposited iron (ferritin,hemosiderin)".
Helathy Blood adds Natural Colour
Hemoglobin levels in the blood are measured by the colour brightness of blood containing sixteen grams per one hundred millilitres.Most people have fourteen grams or less of hemoglobin-which is eighty-seven per cent of what they should have,or less.
A person without healthy blood is listless, tires easily, laks of energy, looks pale, is often forgetful and cannot think quickly or clearly. However, *healthy blood always show under the skin, giving it under layers of skin are crisscrossed with millions of capillaries.
Consequently,when the blood stream is healthy,the lips are red,the fingernails are light pink in colour;and the cheeks have the slightly colour and a healthy glow.*
Orang Asia sebenarnya telah lama memakan makanan yang seimbang sejak dahulu lagi. Setiap hari pengambilan penuh karbohidrat,protein,lemak dan lain-lain penting untuk tenaga yang diperlukan.Namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita ambil vitamin sebagai makanan bermanfaat sampingan.Antara faktor-faktor tersebut:-
Penghadaman makanan yang tidak sempurna: Hal ini boleh terjadi bila anda mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dalam kadar yang cepat.Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda.Orang yang memakai gigi palsu perlu berhati-hati dalam situasi begini.
Pemakanan dan peminuman: Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh,jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda.Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.
Pengambilan alkohol: Alkohol yang berlebihan meroskkan hati dan pankreas.Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin,niacin,pyridoxin, asid folik,vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.
Merokok:Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat.Sebatang rokok bersamaan dengan 30mg vitamin C.
Pengambilan julap: Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Hal ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat-waktu transit untuk penyerapan berkurangan.Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin E dan A.
Proses pemasakan: Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin B kompleks dan C.Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.
Sakit: Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink,vitamin E dan sebagainya.Tulang yang patah memerlukan kalsium,vitamin D dan C yang lebih banyak.
Tekanan: Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).
Want a beautiful and bright eyes?Then nourish and fulfill the eyes supplement.Here there the tips!
Carrots for night vision,vitamin E for better eyesight,or brocoli for brigthers?A lot of claims are appearing for foods and vitamins to boost your health,but which really work?
The eyes need vitamin A to make a pigments that absorb light.So for good night visions,eats a lots of carrots and sweet potatoes for betacarotene, a precursor form of vitamin A.Other rich sources of vitamin A include fish and full cream dairy products.
The antioxidants properties of vitamin C and E may help slow the progression of cataracts.Try nuts and seeds for vitamin E and citrus fruit and brocoli for doses of vitamin C.
Lutein and Zeaxanthin are two dominant pigments found in the macula of the eye which may filter out some of the harmful light that can damage the retina.Lutein is in leafy green vegetables and egg yolk.While zeaxanthin is in greens,red capsicum and corn.
Zinc can also slow age-related macular degeneration,so maintain your intake of this nutrient through seafood,meat,poultry and beans.
Sentuh mengenai derma organ dari perspektif agama,masih beranggapan bahawa ianya seolah-olah individu yang menderma organ akan tidak sempurna jasadnya ketika dikebumikan kelak. Namunsebenarnya Islam tidak melarang akan proses pendermaan organ ini.Dermalah organ kerana ia sesuatu amalan yang mulia dan lagi satu bentuk kebajikan.
Dari sudut Islam,pemindahan organ hukumnya adalah harus beserta dengan syarat.Syarat-syarat tersebut adalah;
Tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit
Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima organ.
Pendermaan organ hendaklah dilakukan dengan ikhlas denganniat untuk membantu kerana Allah s.w.t.
Pendermaan organ hendaklah mendapat keizinan penderma dan ahli keluarga atau warisnya.
Islam mengharuskan pendermaan organ,fatwa-fatwa yang dikeluarkan adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut;
Sumber-sumber penetapan hukum atau fatwa di negara ini seperti Al-Quran,Al-Sunnah,Ijmak (persepakatan para ulama),Qias (perbandingan hukum-hukum yang sudah ada dengan hukum-hukum baru) dan lain-lain lagi.
Keperluan mengatasi larangan "......maka sesiapa terpaksa (kerana darurat) sedang ia tidak mengingini dan tidak pula ia melapaui batas,maka tidaklah ia berdosa" -Surah Al-Baqarah:ayat 173.
Memilih jalan jalan yang paling kurang mudarat.".....barang sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa,maka seolah-olah ia telah menyelamatkan nyawa umat manusia keseluruhnya." -Surah Al-Maidah:ayat 32.
Mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar. "Allah telah menyediakan kemudahan untuk kamu.Dia tidak meletakkan kamu dalam kesusahan." -Surah Al-Baqarah:ayat 185.
Fuqaha mutaha telah mengharuskan pembedahan ke atas mayat dengan tujuan penyelidikan, rawatan ke atas sesuatu penyakit atau bagi menentukan sebab-sebab jenayah. Keharusan ini adalah diasaskan kepada prinsip darurat. Perkara-perkara terlarang diharuskan apabila berlaku darurat.
Pandangan Ulama
Ulama terkenal Prof Dr. Yusof Al Qardawi,berpandangan bahawa pendermaan dan pemindahan organ daripada orang hidup dan yang telah meninggal dunia adalah harus pada saat darurat dengan syarat tidak membawa kemudaratan besar kepada penderma atau orang yang mempunyai hak atas dirinya.Penderma pula hendaklah mempunyai kemampuan memenuhi kelayakan menderma seperti akil baligh.
Walaubagaimanapun,pendermaan organ kepada orang kafir harbi tidak harus. Selain itu, beliau turut mensyaratkan organyang diderma tidak boleh dijadikan bahan jual beli.Beliau turut mengharuskan kepada waris dan wali menderma organ tertentu kaum keluarga mereka yang telah meninggal dunia,yang tidak berwasiat organnya tidak boleh diambil selepas meninggal (KitabFaawatu Mu'asirah)
"Kita umat Islam tidak ada keraguan untuk menyatakan dengan sepenuh hati untuk menjadi penderma organ dan tisu malah ia sebenarnya tanggungjawab" -Sheikh Zaki Badawi 2004.
Sekian berikut wacana bagi memecah kekeliruan untuk merungkai segala persoalan-persoalan menderma organ dari sudut agama.Nantikan wacana seterusnya terutama bagi menjalani proses-proses pendermaan organ oleh perspektif Islam serta agama-agama lain.
Once the domain of bodybuilders,protein powder has gone mainstream.Studies show it builds lean muscle and even boosts immunity.Should we included it in our diet?
Few of us even vegetarians and athelete,need to go to extra expense,say dietitian Catherine Collins of the British Diettitic Association,though a measured dose can provide a boost for active people.
Most adult require around 0.8 gram of protein per kilogram of bodyweight per day.Though weight training athletes can require up to 1.4 grams per kilograma,says Collins.
Good source include egg, cheese, lean meat, milk and milk powder added to milk.
Author: elis zanisa
|
Filed Under: kanser
|
at
9:54 AM |
Tahi lalat yang tumbuh pada tubuh selalunya dianggap perkara biasa oleh kita. Malah dianggap sebagai penyeri wajah. Tahi lalat atau dalam bahasa perubatan dikenali sebagai nevus (untuk sebiji) atau nevi (untuk lebih dari satu) merupakan sekumpulan sel-sel pigmentasi yang sering muncul dalam rupa kecil dan bintik coklat gelap.
Tahi lalat boleh datang dalam pelbagai warna dan boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh, termasuklah di kulit kepala, ketiak, di bawah kuku dan antara jari kuku dan kaki. Kebanyakan manusia mempunyai kira-kira 10 hingga 40 biji tahi lalat. Jumlah itu boleh berubah di sepanjang hayat kehidupan manusia.
Kebanyakan tahi lalat tidak berbahaya, tetapi dalam kes yang jarang belaku, tahi lalat boleh berubah menjadi barah. Mengawal tahi lalat dan bintik pigmentasi yang lain adalah langkah penting dalam mengesan kanser kulit, terutamanya melanoma malignan. Tidak semua melanoma terbentuk daripada pra tahi lalat, tetapi kebanyakannya bermula berhampiran tahi lalat atau bintik gelap lain pada kulit.
Simptom-simptom
Walaupun tahi lalat tipikal adalah biasa, bintik coklat, namun begitu tahi lalat datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz.
·Warna – boleh berubah warna kulit, coklat kemerahan, sederhana sehingga coklat tua, atau biru.
·Bentuk – boleh berbeza bentuk daripada bentuk bujur hingga bulat.
·Saiz – boleh jadi kecil atau besar.
Faktor-faktor risiko
Beberapa jenis tahi lalat mempunayai risiko lebih tinggi menjadi kanser. Ini termasuklah ;
Tahi lalat besar yang muncul sewaktu dilahirkan yang dikenali dengan nama congnital nevi. Tahi lalat ini boleh meningkatkan risiko pemiliknya mengalami melanima malignan.
Tahi lalat yang memang terdapat dalam keturunan. Tahi lalat yang besar daripada kebiasaannya- iaitu kira-kira satu perempat inci atau 6 milimeter dan tidak tetap bentuknya dikenali dengan nama atypical (dysplastic) nevi. Tahi lalat ini cenderung untuk diwarisi.
Tahi lalat yang banyak kira-kira 50 atau lebih boleh menyebabkan pemiliknya berisiko mendapat melanoma.
Bila perlu dapatkan rawatan
Jika anda berumur lebih 20 tahun dan tahi lalat baru muncul, maka segeralah berjumpa dengan doktor. Tanda-tanda dan simptom-simptom ini boleh menunjukkan sebarang masalah kesihatan. Tanda-tanda itu adalah seperti ;
·Rasa sakit
·Gatal atau rasa panas seperti terbakar
·Berdarah
·Berkerak
·Saiz, bentuk, warna yang tiba-tiba berbeza daripada kebiasaan.
Ujian dan diagnosis
Anda boleh memilih untuk melakukan pemeriksaan kulit sebagai satu cara mencegah. Doktor akan memeriksa kulit anda daripada kepala hinggalah jari kaki, termasuklah kulit kepala, telapak tangan, tumit kaki dan kulit antara punggung. Jika doktor mengesyaki tahi lalat itu boleh bertukar menjadi kanser, satu sampel biopsi akan diambil daripada anda untuk tujuan pemeriksaan selanjutnya.
Rawatan dan ubatan
Apabila biopsi dilakukan dan doktor mendapati bahawa ia adalah kanser, maka keseluruhan tahi lalat dan sedikit tisu normal di sekeliling perlu dibuang. Selalunya tahi lalat yang telah dibuang tidak akan muncul semula. Jika keadaan sebaliknya berlaku, segeralah berjumpa doktor dermatologi.
Rawatan bagi kebanyakan tahi lalat selalunya tidak diperlukan. Untuk tujuan kecantikan, tahi lalat boleh dibuang dalam beberapa cara seperti ;
Shave Excision iaitu kaedah yang dilakukan oleh doktor dengan cara membius kawasan di sekeliling tahi lalat dan kemudiannya menggunakan pisau kecil untuk memotong di sekeliling dan bahagian dalam tahi lalat. Teknik ini sering digunakan bagi membuang tahi lalat kecil dan ia tidak memerlukan jahitan pembedahan.
Punch Biopsy iaitu doktor akan membuang tahi lalat dengan teknik insisi kecil.
Excisional Surgery iaitu kaedah di mana doktor akan memotong keluar tahi lalat dan kawasan kulit normal di sekelilingnya. Jahitan pembedahan diperlukan bagi menutup kulit yang telah dibuang.
Pemeriksaan sendiri
Bagi mengesan melanoma atau kanser kulit lain, ikutilah pemeriksaan sendiri yang dicadangkan ini.
A.Untuk bentuk sifat tak simetri (asymmentrical shape) – lihatlah pada tahi lalat yang bentuk tidak tetap.
B.Untuk sempadan yang tidak tetap (irrregular border) – lihatlah pada tahi lalat yang tidak tetap sempadannya kerana ini merupakan ciri-ciri melanoma.
C.Untuk perubahan pada warna (changes in color) – lihatlah pertumbuhan tahi lalat yang mempunyai banyak warna atau warna tidak sekata.
D.Untuk diameter – lihatlah pertumbuhan tahi lalat yang besar daripada ¼ inci atau 6 milimeter.
E.Untuk perubahan (evolving) – lihatlah perubahan emngikut masa kerana kebanyakan tahi lalat yang berubah boleh membentuk kepada tanda-tanda dan simptom-simptom baru.
KUALA LUMPUR, June 21 — Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Davidson is the first school to be temporarily closed due to Influenza A(H1N1) after a third pupil from the school was confirmed as H1N1 positive.
Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the school will remain closed from June 19 to June 26 as a preventive measure to avoid more pupils from being infected by the disease.
He added that 2,100 students, teachers and staff from the school are required to remain at home and avoid mixing around in public, throughout the school closure.
Yesterday, an 11-year-old girl, a Year Five pupil from the school, who had returned from a holiday in Melbourne with her family, became the first confirmed case in the school but when her classmate was confirmed as positive this morning, it was decided to close the school temporarily, he said.
“I received information at about 2.30pm that this school had confirmed another Influenza A(H1N1) case, the third in the school, bringing the number of confirmed cases in the country to 50,” he told reporters after visiting the school here today.
Liow said the Year Five pupil of 5(I) class, was from the same class as two others infected earlier and is the second local transmission case in the school while the other was termed an “imported” case.
He added that both the girls who were confirmed positive were seated beside the girl who had returned from Melbourne.
“We will be monitoring the school very closely together with the teachers and Parents Teachers Association and I hope the students involved are not to be blamed by the media or public.
“Those who are quarantined should not even go for tuition or visit public areas or attend functions. The should also reduce interaction with those who are not quarantined. They should not break the quarantine rules as action can be taken against them, including a RM10,000 fine or jail or both,” he said.
“Don’t break the rules and don’t force the government to use the act to charge anyone.” – Bernama
Organ di dalam badan mempunyai deria sentuhan pada tapak kaki anda. Jika anda urut pada tempatnya, anda akan dapat meredakan kesakitan pada organ tersebut.