Tuesday, September 22, 2009

Bulan Raya vs Keracunan Makanan


Salam & Selamat Sejahtera

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Di bulan Raya ini sudah pasti kita berkunjung ke rumah saudara mara & sahabat handai. Dan kita di rumah pun sudah pasti sibuk memasak untuk hidangan di hari raya ini. Dalam keseronokan meraikan hari raya, jangan lupa jaga kesihatan. Yang pertama sekali makanlah seadanya, yang kedua penting sudah pasti kebersihan dan khasiat makanan.

Kali ini kami ingin berkongsi & mengingatkan pembaca semua tentang Keracunan Makanan

Langkah-langkah Mengawasi Punca Pencemaran:

Manusia

  • Membasuh tangan dengan bersih terutamanya selepas ke tandas, memegang bahan mentah, membuang sampah sarap atau sisa-sisa makanan
  • Memastikan peralatan yang rosak, sumbing atau retak tidak digunakan lagi
  • Sentiasa menudung makanan yang dihidang
  • Tidak menyediakan makanan terlalu awal
  • Belajar tidak menjamah atau mengambil makanan dengan tangan yang kotor.
  • Bahan mentah
  • Bahan-bahan mentah terutama daging atau hasilnya harus disimpan pada suhu rendah (kurang 40 Celcius)
  • Bahan mentah harus disimpan berasingan daripada makanan yang sudah dimasak dan sedia untuk dimakan.
  • Ini dapat mengelakkan pencemaran silang dari bahan mentah ke makanan yang sedia dimakan.
  • Gunakan peralatan seperti pisau dan papan memotong berasingan bagi mengelakkan pencemaran silang
  • Cuci bahan mentah dengan teliti untuk mengeluarkan kekotoran dan bendasing pada permukaannya
  • Basuh tangan secara teliti setelah memegang bahan mentah seperti daging mentah sebelum mengendalikan makanan yang sedia dimakan seperti kuih-muih dan salad.

Serangga dan Haiwan

  • Makhluk perosak seperti lalat, lipas, tikus, burung dan binatang peliharaan adalah pembawa habuk, kekotoran dan bakteria
  • Kawalan serangga dan haiwan ini akan membantu mengurangkan pencemaran makanan secara berkesan.

Bekalan air

  • Jika air yang digunakan tidak diperoleh secara langsung dari sumber utama, contohnya dari tangki yang terdedah atau menggunakan sambungan paip getah, pencemaran boleh berlaku melalui kebocoran ini.

Sisa dan bahan buangan

  • Bahan buangan mengandungi makanan yang sedang mereput, sisa kulit kupasan dan bahan organik yang menjadi sumber bakteria hidup dan membiak dengan mudah
  • Bekas sisa dan sampah sarap yang terdedah atau melimpah akan menarik haiwan dan serangga perosak seperti tikus, burung, lalat dan lipas.

Punca-punca lain keracunan

Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh cendawan beracun atau buah dan sayuran yang dicemari dengan racun serangga yang tinggi kepekatannya.

Toksin daripada kulat seperti aflatoksin yang terdapat pada bijirin juga salah satu punca keracunan makanan.

Cara terbaik mengelak keracunan

JENIS makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur.

Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.

Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti dinginbeku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.

Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.

Peralatan dapur seperti alatpemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.

Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.

Sebai-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.

Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.

Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mangandungi bakteria Salmonella. Bagaimanapun telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella.

Kerana salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna merupakann cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.

Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.

Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.

Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.

Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.

Panaskan semula makanan dengan teliti.

Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi daripada kuman yang mungkin muncul semasa dalam simpanan.

Sumber: Pusat maklumat Rakyat, http://pmr.penerangan.gov.my/ & Pusat Racun Negara, http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/racun/1995/makanan.html


0 comments:

Post a Comment

 

Term of Use

You Love Health Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Blogger Template Gallery Flower Image by Dapino