Wednesday, July 22, 2009

Derma Organ:Perspektif Islam II


Islam tidak pernah menghalang sebarangan perkembangan kemajuan dam perubatan malah ianya sebuah kerja murni serta bersifat sarwajagat.Kemajuan yang memberi sumbangan dan manfaat kepada umat manusia adalah amat digalakkan.Perkara ini termasuk dalam proses pendermaan organ.Dalam menjalani proses perlu mengikut tata etika dan syiar Islam.

Proses Pendermaan Organ dilakukan dengan penuh hormat:-

  • Menghormati hak jenazah- Pembedahan pengambilan organ adalah satu proses yang sama seperti mana ketika membedah pesakit yang masih hidup yakni dengan hati-hati dan teliti.
  • Menghormati hak waris- Keizinan dan persetujuan daripada waris perlu diperolehi sebelum sebarang proses pengambilan organ dijalankan.Waris hendaklah dimaklumkan secara terperinci tentang keadaaan sebenar penderma.Sebarang keputusan daripada waris henddaklah dihormati.

Dengan keadaan atau syarat-syarat demikian tiada lagi timbul persoalan manusia dibangkitkan kembali dalam keadaan tidak sempurna selepas menderma organ.Sesungguhnya Allah itu berkuasa atas segalanya.

Dari Jabir r.a bahawa Nabi SAW bersabda

"Sesiapa yang mati pada masa ia taatkan Allah,beramal soleh,maka ia dibangkitkan Allah dalam keadaan yang menyukakan;dan siapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah,berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakan"

(Riwayat Muslim & Ibnu Majah)

Oleh itu dengan segala ganjaran yang dijanjikan Allah bagi umat yang suka berbuat kebaikkan dn taat dengan perintahnya,maka pendermaan organ hendaklah dimanfaatkan dan didermakan untuk sesiapa sahaja yang memerluakan tanpa mengira bangsa,pangkat dan kedudukan.

Dalam amalan di Malaysia penderma tidak boleh menetapka kepada siapa yang bakal mendapat organ yang telah didermakan.Juga dalam konteks Malaysia,orang yang bukan beragama Islam dikategorikan sebagai Thimmi,yakni mereka yang telah memberikan taat setia kepada negara, dan wajib dilindungi, dibantu dan diselamatkan apabila berada dalam kesusahan dan penderitaan termasuklah menyelamatkan nyawa menerusi pendermaan organ.

0 comments:

Post a Comment

 

Term of Use

You Love Health Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Blogger Template Gallery Flower Image by Dapino